ada bahagia
ada air mata
ada gembira
ada derita
ada yang mahu terus dikenang
ada yang mahu terus dibuang
ambil yang baik...
lupakan yang buruk
ambil pengajaran
simpan erat pengalaman,
buat jadi sempadan
saat masih ALLAH beri peluang dan kesempatan
walau terlalu banyak yang dipersiakan
kita leka dengan keseronokan.
bahagia dengan kesenangan..
jangan sampai
kita perit dengan sengsara
derita dengan kesakitan..
Buang yang keruh ambil yang jernih
moga moga akan kita manfaatkan utk kehidupan
di dunia dan akhirat kelak..
No comments:
Post a Comment